Start Dengan 3 Je Nak Beli Rumah

[Start Dengan 3 Je]

Macamana nak beli rumah?. Harap duit KWSP je untuk deposit. Tapi sebelum tu booking nak kena guna duit sendiri jugak.

Selain berharap pada KWSP semata. Boleh guna cara lain. Ini bukan cara mudah. Tapi lebih mudah dan selamat dari buat personal loan atau loan along nak tolong.

Secara asasnya bila buat loan, dah guna sebahagian dari gaji. Jadinya sangat berisiko jika jadi apa-apa.

Maka, pastikan ada simpanan kecemasan 3 bulam gaji (sekurang-kurangnya, lagi lebih lagi bagus)

Dah ada simpanan kecemasan 3 bulan gaji. Bulan seterusnya, 10%-30% simpanan dari gaji bulanan bahagikan dua.

Satu bahagian simpanan kecemasan. Satu bahagian lagi simpanan untuk melabur seperti beli rumah.

Simpanla agihan simpanan kecemasan dan pelaburan korang di tempat kalis inflasi seperti ASB dan Tabung Haji.

Bila dah dapat beli rumah. Teruskan simpanan kecemasan dan pelaburan tadi. Teruskan pelaburan untuk rumah jika mahu. Dan kembangkan instrumen pelaburan yang kurang berisiko seperti emas dll.

‘Dont put all eggs in one basket’

Perunding Hartanah
Asmawi Ramli
REN 25150
IW Properties

 

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑

%d bloggers like this: