Rumah Pertama – Low Cost, Biasa atau Sub Sale?

Kalau boleh jangan beli rumah pertama tu rumah mampu milik (lainlah rumah yang dah lebih 10 tahun a.k.a subsale)

Rugi tahu.

Bila dah beli rumah mampu milik a.k.a low cost. Nama korang dah tercatat dalam rekod kerajaan negeri.

Dan korang tak dibolehkan membeli rumah low cost lagi walaupun ianya subsale. Walaupun dah habis bayar rumah low cost pertama yg korang beli tu. Melainkan korang beli secara lelong.

Rugi kan.

Sebab 10 tahun akan datang, income dah bertambah, komitmen pun dah kurang..ingat nak beli low cost subsale yang dah lebih 10 tahun pun tak lepas dah.

Hajat dihati nak buat investment nanti rumah subsale tu. Tapi nak buat macamana – Tak Lepas. Nama dah tercatat sebagai pembeli rumah mampu milik.

Makanya,

Kalau kewangan korang kurang mengizinkan untuk beli rumah undercons idaman hati,

Belilah rumah subsale yang bukan idaman hati. Tapi pulangannya kencang di kemudian hari. Korang boleh tambah savings untuk beli rumah.

Nak-nak lagi bagi pekerja yang boleh tinggal di Quarters baik kerajaan mahupun swasta.

Ambiklah kesempatan gunakan kemudahan yang korang ada untuk develop kesihatan kewangan korang dengan buat property investment

Bukannya selesa dalam comfort zone duduk di quarters sampai pencen atau dah terngadah baru sibuk nak beli atau sewa rumah di luar.

Hidup bukan sentiasa indah. Kena sediakan payung sebelum hujan. Lindungi hak dan kebajikan anak-anak dan isteri.

Semoga bermanfaat

Asmawi Ramli
Ren 25150
Perunding Hartanah
IW Properties

Nak beli atau nak jual rumah? Contact saya:
017-5066382 
www.wasap.my/60175066382

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑

%d bloggers like this: