Kenapa Saya Tak Layak Beli Rumah

Masalah Yang Menyebabkan Terbantut Nak Beli Rumah

 

Antaranya;

  • Gaji Kecik
  • Deduction dari gaji banyak atau sekali potong jumlahnya besar
  • Tiada pendapatan tetap a.k.a kerja sendiri
  • Tanggungan ramai
  • Hutang jahat banyak
  • Rekod CCRIS & CTOS macam nombor telefon pizza hut
  • Tiada simpanan

Nampak macam susah, tapi sebenarnya boleh diperbaiki. Berdikit-dikit dahulu dari give up macam tu saja.

 

1. Gaji kecik dan deduction dari gaji banyak sangat, hutang jahat banyak, tanggungan ramai

 

Penyelesaiaannya – buat part time job jika korang ada kerja tetap. Ada banyak pilihan part time job yang boleh disesuaikan dengan keadaan semasa korang dan yang tak mengganggu kerja hakiki. Yang penting pandai agih dan urus masa.

Nak berubah kena harung jugak. Tolak tepi semua 1001 alasan tu insyaallah korang boleh buat sebenarnya.

 

2. Tiada pendapatan tetap.

 

Yang mana tak de pendapatan tetap yakni kerja sendiri tu daftar la dengan SSM. Semua transaksi keluar masuk duit (urusan bisnes) akan masuk ke satu akaun sahaja. Tolak modal dan kos-kos perjalanan kemajuan bisnes kemudian baru agihkan untuk gaji korang ke akaun bank yang lain.

 
Bila dah daftar dengan SSM dan dapat gaji dari untung berniaga ni (ada bukti dari transaksi) berserta dokumen sokongan, bank akan pandang korang bila nak mohon loan untuk beli rumah.

Komisen dari berniaga pun bank pandang sebagai pendapatan korang tau. Tapi kena daftar SSM dulu la.

 

3. Tiada simpanan

 

Paksa diri simpan 10% dari gaji dulu. Simpan dalam akaun-akaun yang tinggi dividennya seperti ASB dan Tabung Haji. Kemudian baru agih-agihkan untuk hutang lapuk dan jugak belanja-belanja.

 

Dapat untung dari bisnes pun terus potong 10% dan simpan dalam akaun-akaun yang tinggi dividennya jugak. Kalau macam ASB risau sebab tak buat potongan zakat seperti Tabung Haji, korang pegi la bayar zakat untuk ASB. Remeh tapi tak sukar.

 

4. Hutang Jahat Banyak dan Rekod CCRIS & CTOS tak cantik

 

Tu gunanya paksa diri buat saving. Start dengan istiqamah buat 10% dulu. Dah biasakan diri kemudian upgrade simpanan hingga 30% dari pendapatan.

Sebahagian dari simpanan ni buat teknik snow ball bayar sebahagian dari jumlah keseluruhan hutang-hutang jahat. Buat ke satu demi satu hutang jahat. Hingga habis hutang jahat korang.

Tapi bayaran bulanannya teruskan bayar macam biasa dan kalau boleh bayar lebih sedikit. RM50 atau RM100 lebih dari biasa, bergantung kepada situasi kewangan korang.

Ada duit bonus pun simpan untuk bayar hutang. Peram kejap keinginan-keinginan duniawi korang k.

Pastikan korang tak ‘missed’ bayar monthly installment setiap bulan. Kena tunggu sampai 6 bulan hingga setahun kemudian baru korang boleh mohon loan dengan bank. (CCRIS – 1 tahun, CTOS – 6 bulan).

Ada untungnya jugak. Dalam tempoh ini korang takde buat hutang baru dan korang boleh settlekan hutang lapuk satu demi satu. Kurangla rasa terbeban tu.

Biar ambil masa sikit asal korang boleh tidur lena malam-malam. Dan impian korang nak beli rumah tercapai.

 
Semoga bermanfaat
 
Asmawi Hj. Ramli
perundinghartanah
REN 25150
IW Properties

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑

%d bloggers like this: