Masalah Anai-anai Macamana nak Hapuskan Di Rumah

Anai-anai yang muncul di rumah anda dan telah membina Istana kerajaan yang gah lagi tersorok dalam rumah anda pasti buat anda sekeluarga susah hati, geli dan rimas.

Asalnya anai-anai yang muncul di rumah bukanlah secara tiba-tiba. Tambahan jika rumah anda merupakan taman perumahan.

Kebiasaanya untuk taman perumahan, tanah merah yang ditambun untuk projek pembinaan diambil dari bukit.

Yang mana semua sedia maklum kawasan tanah bukit merupakan kawasan paling sesuai untuk koloni anai-anai membiak.

Tekstur tanah bukit yang lembab, dingin, sejuk dan punya punca air merupakan habitat sesuai anai-anai.

Jadi tidak dapat dielak tanah merah yang ditambun untuk tujuan projek pembinaan telah ada/tidak koloni-koloni anai-anai

Ada 3 jenis anai-anai di Malaysia. Dan jenis anai-anai yang menjadi musuh dan perosak bangunan seperti kediaman adalah dari famili Rhinotermitidae.

anai, anai-anai, hilangkan, hapuskan, buang, cara, atasi, masalah, tips, rumah, kediaman, perabot, kotak, sarang, makan, gigit, reput, berkesan, basmi, halau, petua, mudah, berkesan, senang, termites, termite, tradisi,
Anai-anai mempunyai peringkat kastanya yang tersendiri

Pembiakan anai-anai sangat cepat dan mudah. Sekali permaisuri anai-anai bertelur, ribuan telur dihasilkan. Sementelah pemangku/anakanda kepada raja/permaisuri anai-anai yang dipanggil kelkatu akan keluar bila saatnya cuaca sejuk dan lembab.

Ketika ini adalah waktu yang sesuai untuk para puteri dan putera anai-anai (kelkatu), mencari kawasan jajahan yang sesuai untuk membina koloni yang baru.

 

 

anai, anai-anai, hilangkan, hapuskan, buang, cara, atasi, masalah, tips, rumah, kediaman, perabot, kotak, sarang, makan, gigit, reput, berkesan, basmi, halau, petua, mudah, berkesan, senang, termites, termite, tradisi,
Geli Tak?. Ulat Mulong boleh jugak buat makan ;p

 

 

Makanan kegemaran mereka adalah kayu-kayu mati, dedaunan yang gugur dan kotak-kotak kertas. Dan sebenarnya di alam semulajadi mereka adalah pengurai dan pembuat baja semulajadi yang baik!!.

Malangnya di alam yang di kelilingi kehidupan manusia, anai-anai dianggap perosak kerana memusnahkan struktur bangunan dan peralatan-peralatan dalam bangunan yang menyebabkan pemilik kerugian wang untuk memulihara semula kerosakan dan juga membeli peralatan yag baru. Semuanya melibatkan kos!

Anai-anai juga seperti lipas, cicak dan semut. Di mana ada kehidupan manusia. Di situlah adanya serangga-serangga dan haiwan kecil ini.

Jadi sama ada cepat atau lambat. Anda pasti juga akan berhadapan haiwan-haiwan yang sangat tak cute, bikin hati geram saja ni.

Anda boleh mengurangkan kehadiran istana anai-anai berserta kaum kerabatnya dengan memastikan rumah anda, tidak membiarkan kotak-kotak (dari pokok), kertas-kertas di satu-satu ruang dalam rumah terlalu lama. Anda juga perlu pastikan ruangan rumah tidak lembab, gelap berserta sirkulasi udara yang tak cantik.

Cara di atas, anda wajib lakukanya. Selain anda menggunakan khidmat pest control atau DIY sendiri cara mengurangkan kehadiran anai-anai.

Ingat jangan biarkan keadaan rumah yang gelap, lembab, kurang pengudaraan, banyak kotak-kotak dan jugak kertas-kertas. Kerana secara tidak langsung anda sebenarnya menyediakan habitat kerajaan baru anai-anai.

 

 

perunding, hartanah, berdaftar, penang, pulau pinang, kedah, sungai, petani, kulim, seberang, perai, lunas, parit, buntar, padang, serai, kepala batas, bertam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑

%d bloggers like this: