Beli Rumah, Sewakan, Buat Homestay – Tabungan Untuk Pilihan Kerjaya Anak-Anak

Ada satu cerita nun di negara padang pasir pada satu ketika dulu,

Si anak ni punya la admire dengan kerja si abah. Dari kecil sampai la dah sekolah menengah. Abah dia seorang Fighter Pilot. Hebatkan!!

maxresdefault (1).jpg

Tapi abah dia besa habaq, “hang toksah gheja macam abah”. Titik.

Tapi dia ni nak-nak jugak jadi juruterbang jet pejuang macam abah dia. Membuak-buak ni keinginan di dada. Dia pun apply senyap-senyap permohonan nak masuk sekolah tentera. Kemudian result pun keluar, dan pengetua sekolah tu text kan ucapan tahniah kat abah dia. Mana nak tau, rupanya depa berdua tu kawan lama.

Balik rumah, abah dia pun habaq kat dia ni. “Abah tak mau hang ikut jejak langkah abah. Sebab hang sorang ja anak lelaki abah dari 5 orang anak-anak abah. Kalau hang sibuk berjuang sapa nak lindungi adik beradik hang?”

Hang tau dak, abah tak pernah anggap kerjaya abah ni satu kerja yang abah sangat suka buat. Ya jadi pejuang tu bagus, tapi nak hidup kena membunuh atau kita dibunuh. Dan abah tak suka bila terpaksa melakukan ‘itu’.

Abah terpaksa pilih kerjaya ni. Sebab abah tak dak pilihan. Hanya kerjaya ni sahaja yang mampu menyara keluarga kita.

Tapi hang ada pilihan. Pilihan kerjaya hang banyak. Macam ni, Abah bagi hang duit, hang pi la mengembara ke mana-mana pun dan hang fikir-fikirkan la kerjaya yang hang mau. Kalau akhirnya hang mau jugak jadi pilot jet pejuang, ayah akan restu.”

Dipendekkan cerita, dia ni ikutlah saranan ayah dia, pi la mengembara. Sampai satu tempat. Dia ni tengok ada beberapa orang sibuk bawak beberapa bungkusan besar ke satu tempat. Macam payah je nak bawak. Dia pun budak baik pi la tolong angkutkan bungkusan-bungkusan tu.

Siap ja tolong pindahkan bungkusan tu. Salah sorang yang pendiam dan pakai face mask tu cakap kat dia ni. “Budak muda, kamu patut jadi seorang doktor nanti”

Dia pun naik heran la. “Pasai apa encik cakap macam tu?”

Orang yang pakai face mask tu terangkan, “Hang sorang ja tak kesah dengan bau mayat dalam bungkusan-bungkusan tu semua. Siap tak pakai face mask lagi!!

Tau siapa orang pakai face mask tu? dia dekan pertama sekolah perubatan yang baru di Arab Saudi. Nama beliau Tuki-Tuki.

Apa jadi dengan budak tu? dan siapa budak tu?

Beliau ialah Dr Waleed Bukhari. Beliau seorang pakar bedah larascopic yang berjaya di Arab Saudi. Beliau sangat sukakan kerjayanya ni. Dia buka mata orang Arab teknik pembedahan yang moden dan cepat, pesakit cepat sembuh dan pulih dalam masa seminggu ja.

2e9abf275bcf0bfe5a2c6ae32d8a7c6e.jpg

Sebelum ni orang-orang medic arab pakat duk kata “nonsense la idea hang ni, tak boleh pakai idea hang ni”. Sebab sebelum tu, setiap selepas sesi pembedahan gall bladder akan amik masa sebulan nak sembuh sepenuhnya.

Pada masa tu juga sistem perubatan dan hospitaliti di Arab Saudi tak la secanggih sekarang ni. Tapi berkat salah seorang doktor macam Dr Waleed Bukhari ni la yang sibuk usaha ke hulu ke hilir terangkan kepentingan pembaharuan dalam sistem perubatan yang diguna pakai pada masa tu dan di samping tu mintak suntikan dana pada kerajaan dan juga orang perseorangan (syarikat-syarikat) lah, sistem perubatan di sana dah mengalami perubahan yang moden dan canggih.

Nak habaq kat sini. Bukan jadi tentera tu tak bagus, satu kerjaya yang murni tu. Tapi cerita kat dalam ni, abah dia tak anggap kerjaya dia sebagai satu passion, tapi beliau terpaksa juga harung sebab nak sara keluarga.

Dan untuk budak ni pulak, mungkin abah dia dah ada simpanan untuk setiap anak-anaknya, supaya anak-anak dia akan ada pilihan kerjaya yang mereka suka dan minat. Bila minat, kita buat apa pun kita rasa puas dan seronok bila sesuatu kerja tu berjaya diselesaikan.

Jadinya kita sebagai ibu bapa kena ada saving yang cukup untuk anak-anak capai impian diorang. Dan itu memang tugas kita sebagai ibu bapa mencukupkan keperluan mereka.

Sebagai contoh kita boleh jadikan investment rumah sebagai salah satu sumber pendapatan untuk tabungan masa depan anak-anak.

Beli rumah subsale atau rumah lelong dan jadikan rumah-rumah tersebut sebagai salah satu punca investment kita selain pelaburan dalam bentuk saham dan juga emas.

Jadikan rumah-rumah yang kita beli tu sebagai rumah sewa untuk orang bekerluarga, bujang atau student atau jadikan ia rumah homestay bergantug pada kemampuan masa yang kita ada. Atau sewakan rumah-rumah tersebut untuk dijadikan sublet.

Saya ingat lagi pesan seorang rakan ejen hartanah yang rapat dengan saya, kata beliau, “invest duit beli emas, tunggu harga emas naik, jualkan emas tu dan untung buat beli rumah”. Pesanan yang sangat bagus!

Ambition of a young architect
Big ambition of a young architect

Dan ketika tulis entry ini saya teringat cerita seorang rakan lama, katanya ayah dia dah buat calculation dan saving setiap anak perlukan simpanan banyak mana untuk pendidikan kerjaya mereka. Dari kecil ayah dia dah tanya anak-anak nak jadi apa esok besar nanti.

Ye la, hang nak jadi apa pun kena sambung mengajikan?. Nak jadi doktor kena pergi belajar kat sekolah perubatan, nak jadi majistret kena la amik kursus undang-undangkan. Dan semua tu perlukan duitkan.

Dan untuk itu kita perlu gandakan duit dengan cara yang paling bijak iaitu pelaburan atau buat duit dengan perniagaan.

68301e3debe54e2e258b4c9332e41bcc--moving-house-buying-a-home

IW PROPERTIES SDN BHD_final

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s