Harga Rumah Yang Dijual Mahal – Benarkah?

Tidak ada sesiapa pun yang ingin menanggung kerugian begitu juga pembeli. Dalam konteks pembelian rumah atau lain-lain hartanah, harga adalah isu yang sangat diambil kira. Biasalah, bukannya shopping seratus dua ringgit di Lazada kan?

Bagi hartanah yang dijualkan oleh perunding hartanah berdaftar, hartanah-hartanah tersebut haruslah dirujuk kepada penilai hartanah berdaftar terlebih dahulu untuk mengetahui nilai harga pasaran semasa hartanah.

Kemudian, perunding hartanah atau juga dikenali sebagai ejen hartanah berdaftar akan memberi penerangan dan khidmat nasihat mengenai harga rumah yang bakal diletakkan kepada pemilik hartanah. Dan kebiasaannya Harga Jualan di pengaruhi oleh Harga Permintaan dari pemilik.

Walaubagaimanapun, kebiasaannya pemilik hartanah juga tidak meletakkan harga yang terlalu tinggi melebihi harga pasaran semasa. Hal ini kerana kebiasaannya orang yang menjual harta tanah adalah mereka yang inginkan wang dalam kadar segera.

Jika harga rumah terlalu tinggi, rumah akan lebih lambat terjual dan ini merugikan masa pemunya harta tanah kerana nilai hartanah semakin meningkat saban tahun.

Dan bagaimanapula dengan kos melantik perunding hartanah?

Adakah harga rumah yang mahal itu disebabkan kerana perlantikan perunding hartanah?

Perunding hartanah hanya akan dibayar setelah hartanah tersebut telah dapat dijual. Dan merujuk kepada penerangan di atas. Sekiranya, harga rumah terlalu mahal maka rumah tersebut akan lambat terjual dan ejen hartanah belum boleh mendapatkan bayaran mereka.

Maka kebiasaannya harga rumah yang dijual oleh perunding hartanah yang berdaftar adalah mengikut nilai hartanah semasa.

Namun tidak dinafikan juga, ada milikan hartanah yang ingin dijual pada harga yang tinggi. Perkara ini berlaku biasanya disebabkan pemilik harta tanah atau ejen hartanah haram/broker  yang tidak menyemak harga pasaran tanah semasa terlebih dahulu.

Maka, pastikan anda sebagai pembeli semak telebih dahulu sama ada ejen hartanah tersebut berdaftar atau tidak dan ambil tahu juga harga hartanah semasa yang ingin anda beli.

.

.

perunding hartanah di penang dan utara_asmawi ramli2

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑