Penilaian Harga Tanah Dan Kepentingannya Yang Perlu Anda Tahu

Menjual dan membeli hartanah adalah perkara yang mengujakan bagi sebahagian orang. Walaubagaimanapun sebagai penjual atau pembeli anda harus mengambil berat nilai hartanah atau market value (MV) yang ingin dijual mahupun bakal dibeli.

Kepentingan Penilaian Harta Tanah Kepada Pemilik Asal

  • Untung rugi sesuatu hartanah yang dijual bergantung kepada nilai hartanah semasa.
  • Pemilik rumah biasanya jarang mengeluarkan kos untuk mendapatkan khidmat daripada PENILAI HARTANAH BERTAULIAH maka mereka akan merujuk harga rumah atau tanah yang ingin dijual kepada perunding hartanah.
  • Oleh itu, jarang juga pemilik ingin menjual pada harga yang lebih rendah dari harga nilai sebenar. Biasanya mereka akan menjual harta tanah mengikut NILAI PASARAN SEMASA atau LEBIH TINGGI atau mengikut HARGA PERMINTAAN dari pemilik asal.
  • Biasanya HARGA PERMINTAAN lebih dari harga tanah sebenar kerana mengambilkira faktor PENAWARAN sebelum rumah atau mana-mana hartanah dipersetujui untuk dijual.
  • Ada juga hartanah yang dijual diletakkan pada HARGA PERMINTAAN YANG LEBIH TINGGI. Ini adalah atas kehendak dan persetujuan pemilik hartanah. Tetapi keburukannya kepada penjual adalah RUMAH/HARTANAH tersebut bakal LAMBAT TERJUAL.

jual beli rumah mengikut harga nilai hartanah semasa

Kepentingan Penilaian Harta Tanah Kepada Pembeli

  • Tidak rasa tertipu dengan HARGA BELIAN HARTANAH
  • HARGA PASARAN HARTANAH dan HARGA BELIAN akan menjadi penentu ukur kepada pihak bank sebelum pinjaman diluluskan.
  • Jika harga pasaran lebih tinggi dari harga belian maka, pihak bank akan memberi pinjaman pada harga belian. Ini kerana pihak bank akan memilih harga yang lebih rendah di antara dua harga tersebut.
  • Namun begitu jika harga belian dan harga pasaran adalah sama, maka tidak akan ada masalah kepada anda ataupun pihak bank.

Maka kepada yang pemilik rumah atau hartanah adalah penting untuk anda mengetahui harga pasaran hartanah semasa dan mendapatkan khidmat dan nasihat daripada perunding hartanah sebelum anda menjualkan pemilikan anda.

.

.

perunding hartanah di penang dan utara_asmawi ramli2

.

.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s