Apartment Mutiara Perdana, Lengkok Kelicap, Bayan Lepas – Untuk Dijual

Apartment Mutiara Perdana 1 terletak dalam kawasan Sungai Ara, Pulau Pinang. Sungai Ara dan kawasan sekitarnya adalah kawasan yang maju dan lengkap dengan kemudahan awam dan aksesibiliti yang baik.

Apartment Mutiara Perdana ini adalah pangsapuri 5 tingkat dengan keluasan setiap rumah adalah 800 kaki persegi bagi setiap unit standard dan juga 1,000 kaki persegi bagi setiap unit duplex.

Pangsapuri Mutiara Perdana 1 ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan yang memberi keselesaan kepada kejiranan di pangsapuri ini. Antaranya, taman permainan, tempat letak kereta berbumbung (kelebihan yang menarik) dan juga perkhidmatan kawalan keselamatan 24 jam.

Maklumat Apartment Mutiara Perdana 1, Bayan Lepas Yang Dijual

  • JENIS RUMAH: Apartment 5 Tingkat
  • ALAMAT: 1-l2, Blok Seroja, Mutiara Perdana Apartment, Lengkok Kelicap, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  • PEGANGAN HARTANAH: Pegangan Bebas
  • KELUASAN RUMAH: 850 kaki persegi
  • RUANG BILIK: 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air. Bilik tidur utama bersambungan dengan bilik air.
  • PARKING LOT: Satu Petak Parking
  • UBAHSUAI RUMAH: Kemasan-kemasan dinding bermozek dan bercat baru yang cantik, kitchen cabinet, ruang tamu diperlebarkan/extend hingga ke balkoni, tiga unit penghawa dingin telah dipasang

 

HARGA JUALAN RUMAH:     RM 380,000.00 (Harga boleh runding)

 

Kemudahan dan Aksesibiliti Sekitar:

  • Pasar malam Bayan Lepas, (Hari Sabtu), Berdekatan Bangkok Station. Lebih kurang 15 minit berjalan kaki
  • 5 minit ke Lapangan Terbang Bayan Lepas.
  • 5 minit ke Sekolah Bayan Lepas
  • Bersebelahan dengan Surau Al-Mubarak Mutiara Perdana
  • 5 minit ke TH Hotel dan Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas
  • 5 minit ke Mc Donald Setia Tri-angle
  • 5 minit ke restoran Taha D’ Mutiara
  • 10 minit ke Kawasan Perindustrian Zon Bebas Bayan Lepas

 

Apartment Mutiara Perdana 1 ini juga dekat dengan pusat membeli belah seperti Sunshine Square, Komples Bukit Jambul, Giant Hypermarket, Bank-bank, Hospital Pantai Mutiara, Hospital Bersalin Pearl, Pasar Basah Desa Ria Market dan Bayan Baru Market.

Sekolah-sekolah rendah dan menengah juga dekat pangsapuri Mutiara Perdana ini dan mudah dihubungi dengan pengangkutan awam, sewaan dan juga persendirian. Antaranya, Sekolah Rendah Kebangsaan Mutiara Perdana, Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Ara, Sekolah Rendah (J) Kebangsaan Chong Cheng dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ara

Blok Seroja, Mutiara Perdana Apartment, boleh diakses melalui jalan bandaran iaitu dari Jalan Dato Ismail Hashim ke Persiaran Kelicap dan seterusnya ke Lengkok Kelicap. Juga boleh diakses dari Jalan Tun Dr. Awang ke Persiaran Rajawali yang bersambungan dengan Persiaran Kelicap.

Lokasi Apartment Mutiara Perdana 1 yang juga dekat dengan Jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Stesen Bas Sungai Nibong memberi kelebihan kepada pembeli rumah di sini untuk mudah sampai tempat kerja dan juga mudah untuk melancong sama ada di luar Penang mahupun sekitar pulau ini.

 .

.

Anda berminat?, untuk pertanyaan lanjut hubungi saya seperti no. di bawah dan juga temujanji untuk melawat rumah.

.

Call / Whatsapp – ASMAWI RAMLI 017-5066382
Call / Whatsapp – ASMAWI RAMLI 017-5066382
Call / Whatsapp – ASMAWI RAMLI 017-5066382

.

*Urusan bank dan lawyer kami uruskan dan tiada caj dikenakan kepada pembeli.

.

perunding hartanah di penang dan utara_asmawi ramli3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑