Rumah Banglo Penang Golf Resort Bertam – Untuk Dijual

Penang Golf Resort Bertam adalah sebahagian rancangan pembangunan bersepadu dengan ciri-ciri rekreasi, kediaman, komersial dan institusi di bawah kendalian Bertam Properties di atas bekas tanah ladang kelapa sawit.

Sebahagian kawasan Penang Golf Resort adalah kawasan perumahan sesebuah yang mempunyai kawalan keselamatan 24 jam. Merupakan kawasan perumahan yang cantik dan tenang, lokasi yang strategik dan tidak sesak dengan aliran trafik.

Berada dalam kawasan bandar baru Bertam di Seberang Perai Utara, bersebelahan dengan bandar kepala batas merupakan bonus bagi penduduk di sini.

Pembangunan sekitar di Bertam sedang pesat membangun dengan kemudahan awamv dan infrastruktur yang lengkap dan juga merupakan hab pendidikan di Pulau Pinang kerana mempunyai kolej komuniti, Maktab Rendah Sains Mara, sekolah sains, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia, Institut Latihan Perindustrian.

Bagi yang kaki makan, terdapat banyak kedai makan yang sedap-sedap antaranya D’fiesha Corner Steamboat&grill, juga terdapat restoran makanan-makanan segera dan pandu lalu iaitu KFC dan juga Mc Donald, sekadar menyebut beberapa nama.

Tidak dilupa juga, satu kebahagiaan kini kepada penduduk di Bertam dan juga di kawasan sekitarnya kerana kini tiga buah pasaraya besar iaitu TESCO, MYDIN dan juga SUNSHINE SUPERMARKET telah dibuka dan ini memudahkan urusan harian penduduk sekitar.

Lokasi yang strategik memberi keselesaan kepada penduduk terutama dari segi perancangan bandarnya yang teratur, selesa, tidak padat dan aliran trafik yang tidak sesak.

Selain itu, Bandar Bertam masih mementingkan hubungan manusia dan alam sekitar di mana penyediaan taman rekreasi yang terbesar di Seberang Perai Utara iaitu Vision Park yang berkeluasan 126 ekar. Vision Park ini menjadi tarikan penduduk sekitar kerana ianya sebuah kawasan rekreasi yang lengkap dan selesa merangkumi  tasik, trek joging, kemudahan riadah dan juga taman permainan kanak-kanak.

Aksesibiliti utama yang paling bagus adalah berdekatan dengan Plaza Tol Bertam, iaitu lebih kurang 5 minit dari Penang Golf Resort. Melalui Plaza Tol Bertam hanya lebih kurang 30 minit perjalanan diperlukan untuk ke Sungai Petani atau Kulim Kedah. Begitu juga ke Seberang Jaya, Pulau Pinang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan.

Dan kini, ada sebuah rumah untuk dijual di Penang Golf Resort Bertam untuk pilihan anda.

MAKLUMAT RUMAH BANGLO BERTAM YANG INGIN DIJUAL

  • JENIS RUMAH:  Rumah banglo satu tingkat
  • LOKASI RUMAH:  Penang Golf Resort Bertam, Pulau Pinang
  • JUMLAH BILIK:  4 bilik yang dilengkapi dengan bilik air dan 2 bilik tidak bersambung dengan bilik air.
  • LAIN-LAIN RUANGAN:  2 ruang tamu, 2 ruang makan dan 1 bilik stor
  • KELUASAN BINAAN:  Kira-kira 5,000 kaki persegi
  • KELUASAN TANAH:  Kira-kira 10,100 kaki pesegi
  • HALAMAN DEPAN:  Mampu memuatkan 8 buah kereta dalam satu-satu masa
  • SISTEM KESELAMATAN:  Kawalan keselamatan taman perumahan 24 jam

 

HARGA JUALAN RUMAH:    RM 1,700,000.00  (HARGA BOLEH RUNDING)

 

 

Anda berminat?, sila hubungi saya, ASMAWI RAMLI seperti no. telefon yang tertera di bawah untuk pertanyaan lanjut dan temujanji melawat rumah.

Call/Whatsapp – ASMAWI 0175066382
Call/Whatsapp – ASMAWI 0175066382
Call/Whatsapp – ASMAWI 0175066382

*Urusan bank dan lawyer kami uruskan dan tiada caj dikenakan kepada pembeli.

 

PERUNDING HARTANAH PENANG DAN UTARA_ASMAWIRAMLI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s